Di sini saya ingin berkongsi maklumat kepada peniaga-peniaga jalanan yang ingin mendapatkan premis perniagaan / kiosk daripada pihak MARA. Sila berhubung dengan segera jika ingin membuat permohonan.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) merancang mewujudkan 111 buah premis komuniti usahawan Bumiputera atau Bizcom Kiosk, di kesemua pusat Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD) atau Pejabat Mara Daerah (PMD) di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Nam Marthinin berkata premis ini akan diwujudkan dengan kerjasama Bizcom Interactive Sdn Bhd, sebuah syarikat pembekal teknologi perniagaan interaktif tempatan.
"Pelaksanaan projek ini membuktikan MARA sebenarnya komited untuk menjayakan projek ini melihat kepada kepentingannya untuk menjadikan matlamat K-Usahawan seperti mana yang digariskan oleh Pelan Strategik MARA (PSM 2006-2015) menjadi kenyataan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kiosk pertama Bizcom di bangunan MARA, di sini.
Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Nam barkata sebuah kiosk akan menelan belanja kira-kira RM120,000.
Bizcom adalah satu platform yang dibangunkan dan direka bentuk untuk memudah dan menghubungkan komuniti usahawan Bumiputera.
Platform ini direka menggunakan kombinasi teknologi maklumat dan komunikasi, perkhidmatan perniagaan, sokongan premis dan platform pembagunan perniagaan untuk usahawan baru dan sedia ada.
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata kementerian akan membantu MARA dari pelbagai sudut, termasuklah memberi bantuan kewangan dalam menjayakan projek ini.
Petikan: Bernama, 3 Mac 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment