Powered By Blogger

Monday, March 5, 2007

Nak Jimat Minyak?

Assalamualaikum .. Saya ingin berkongsi peluang-peluang seterusnya kepada saudara-saudari yang dahagakan maklumat yang terkini bagaimana nak menjana pendapatan di Malaysia khususnya..

Saya terpanggil untuk memberi info ini kerana hampir semua orang di Malaysia merungut disebabkan kenaikan harga minyak dan insya allah tahun depan akan naik lagi..

Pernah kah kita terfikir dengan rungutan kita tu takkan membawa apa2 erti kepada kita? Boleh ke kita save minyak dengan berbincang atau mengadu kepada kawan-kawan kita? Saya sendiri merasakan keperitan nak isi minyak. Isi Rm30, paling jauh pun bleh pegi 130 km (keter saya la, proton 2.0cc). Kalau jem, lagi dekat je la km nyer tuh.

Macam mana perasaan kita kalau kita dapat tau ada produk yang boleh jimatkan minyak? Fungsi nyer mudah. Produk ni mengandungi octane yang tinggi yang membantu pembakaran lengkap dalam enjin. Produk ni akan boost kan petrol dan mambantu meningkatkan kuasa enjin kita. Kalau makin banyak pembakaran lengkap berlaku, makin sedikit la petrol yang diperlukan dalam setiap perjalanan. Ayat mudah, makin jimat petrol.

Produk ini dihasilkan di US sudah hampir beberapa tahun dan telah digunakan secara meluas di sana. Produk ini akan bertindak dengan menjimatkan antara 20% - 30% setiap liter minyak kita dan kita tak perlu takut kalau berlaku apa-apa pada kereta kita, produk ini mempunyai insurans liabiliti sebanyak USD 1 juta.

Bayangkan kita menggunakan RM300 perbelanjaan minyak sebulan. Jika kita ambil purata 25% penjimatan, kita telah jimat sebanyak RM75 sebulan. Dan jika didarabkan dengan setahun, anda telah jimat sebanyak RM900!! Cukup untuk roadtax & insurans kita dan harga produk ini pula sangat lah berpatutan!

Kalau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk, bagaimana kaedah penjimatan, cara penggunaan nya atau ingin mencuba dahulu produk ini; boleh lah hubungi saya. Kita perlu rasakan pengalaman itu sendiri dan barulah kita boleh menyatakan pendapat kita nanti. Jika rasa guna saja tak cukup, kita boleh jadikan peluang ini sebagai side income kita. Baru 5 bulan saja dipasaran. Bermakna ruang pasaran adalah amat luas lagi.

Rezeki datang dari Allah dan kalau kita melihat ini sebagai peluang, maka kita akan dapat merasa kenikmatannya. Insya Allah.. Bagi saudara-saudari yang berminat, boleh lah tinggalkan no hp untuk saya hubungi kelak.

No comments: